#6




Start daripada hari Jumaat haritu, family aku dengan family belah ayah aku buat gathering dekat Port Dickson. Konon-konon nak buat family day lah kan. Rasa berat hati nak join sebenarnya. Aku bukannya rapat dengan sepupu-sepupu aku tuh. Bertahun dah tak tegur diorang. Tapi kena lah bagi kerjasama jugak kan diorang dah penat-penat buat walaupun datang-datang sana, aku dah macam wadafak? Ini gua ke tadika ke hotel? Pulak tu dengan makcik-makcik aku yang memang cakapnya memang tak reti nak perlahan. Serius aku rasa benci bila bangun pagi dah dengar terpekik terlolong. Padahal orang tu tak lebih satu meter pun, cara cakap macam kau kat tingkat satu, dia kat tingkat tujuh! Kalau bukan kerana iman di dada, dah kena lempang semuanya.


Selama ada kat sana, aku rasa nak balik. Nak tengok kucing aku ada ke tak. Ke dah merayau minta nasik kat rumah sebelah. Kalau mintak nasik takpe lagi. Kalau mintak tambah lagi sepinggan? Malu tak malu aku sebagai tuan?

Last day tu barulah aku ada rasa macam "taknak balik! taknak balik!" lepastu-  "nak kahwin dengan dia!" tengok tu! Time last-last macam tu baru jumpa dengan orang kacak. Dari HongKong kauuu hidung dia mancung putih melepak dengan ketinggian yang perfect. Bila masuk dalam swimming pool dia nampak macam, macam...macam ahh berdarah hidung! 

Tapi aku balik jugak. Well, kalau jodoh tak kemana kan? Redha je lah. *tsssk*