#45



Aku pun pernah sedih. Aku pun pernah kecewa. Rasa patah semangat. Rasa tertekan. Macam-macam. Lately, ada beberapa kawan-kawan yang mengadu rasa kecewa diorang pada aku. Aku terharu bila ada orang sudi nak luahkan masalah pada aku. I might not be able to do much about it, but I'll try my best to make them feel better. Aku tau kalau orang yang kecewa, yang patah semangat ni, diorang sangat perlukan kata-kata nasihat. Kata-kata semangat. Siapa kata benda-benda tu tak membantu? It actually helps. Bukan secara menyeluruh tapi sedikit sebanyak diorang akan rasa lebih bersemangat. Aku tau benda tu membantu sebab macam yang aku cakap, aku pun pernah kecewa. Jadi, kawan-kawan sekalian, bersemangatlah!






Hmmm.





Semenjak keputusan UPU keluar minggu lepas, aku berusaha untuk elak daripada berkomunikasi dengan kawan-kawan sekolah. Mesej, WhatsApp, WeChat, Twitter semua aku tak layan. Diorang sibuk tanya dapat U mana, nanti sambung study mana, bla bla bla. Aku buat tak nampak je. Bukan aku taknak jawab, tapi...., eh, memang aku taknak jawab pun. Aku rasa belum masanya aku bagitau diorang aku akan ke mana.



Hari ni, aku dapat call daripada unknown number. Memandangkan aku memang tengah tunggu an important call daripada someone, aku angkat jelah.



Diorang rupanya.



Call guna nombor yang aku tak save supaya aku tak reject call tu. Hmm. Bijak. Bergilir-gilir diorang guna telefon. Aku agak terharu sebenarnya. Yelah, sampai guna nombor lain semata-mata nak contact aku. Dan terpaksa juga lah aku jawab soalan-soalan diorang. Tapi aku nak kemana tu masih tak terjawab.




"Kenapa tak reply mesej kitorang?"


"Aku pergi UM Sabtu ni. So,....bye...,"


"Aku dapat UiTM Lendu. Hantuuuu..,"


"Aku gerak ke Perlis malam Sabtu. Daftar Isnin....,"


"Tak nak cakap bye dekat Syafiqah? Dia dah tak balik dah. Raya je balik. Sedih...,"



Kecoh dekat telefon. Hmm. Ye, korang. Sebenarnya aku tahu semua tu. Saja buat macam tak tau.









"Lepas ni jangan tak reply mesej. Jangan menyendiri..,"