#10


Aku sebenarnya tak tau nak amik aliran apa tahun depan untuk form 4 (buat-buat lupa esok dah sekolah). Ingat nak amik akaun sebab kat sekolah kelas tu kira kelas mantop gila lah. Ceh, konon nak kelas yang hebat je nanti amik kau, terkulat-kulat, nangis -nangis tension panggil mak sebab tak dapat bawak subjek tu.


Baiklah.


Emosi aku terganggu sekejap tadi masa iron baju sekolah. Realiti memang kadang-kadang menyakitkan. Aku tak boleh terima hakikat lagi yang esok aku dah tak boleh bangun lambat, aku dah tak boleh tidur lambat, dan yang paling worst diantara yang ter-worst sekali ialah aku kena pergi ke sekolah!!!!!!!! (saja letak '!' banyak2) Aku bukannya apa, aku cuma........aku cuma......aku tak boleh lah! Aku tak kuat, aku....aku...


PAAAAAAAANG!


Ok cukuplah tu.



Kita kembali ke pangkal jalan. Memandangkan sekolah aku sekarang dah buat satu sesi je ( tak tau kenapa tiba-tiba nak jadikan satu sesi, sebab dah ada bangunan baru mungkin?) jadi waktu balik pun dah lagi lambat. Ada yang kena balik pukul 2:10, 1:50, 3:40 blablabla. Tapi ada yang kena balik pukul 5!


Gila lah lama. Konfem ketiak aku busuk oh! Jadi memandangkan aku ni genius macam ayam aku pun akan membawa rexona spray-spray punya! Serius aku tak tahu nama jadi jangan lah ada yang email kat Oh! Media yang aku tak tahu nama rexona spray-spray tu. Nanti aku famous macam mana?


Yelah, orang famous kan ramai orang jealous, takut ada orang bomohkan aku tapi ter-taksengaja tok bomoh tu tersilap jampi terus semua lelaki hot-hot di Korea sana datang melamar aku kan (sgtlah takde kena-mengena).



Ok. Bye!