#13


Kalau di beri peluang, banyak benda yang aku nak ubah.
Benda-benda yang buat aku rasa menyesal sampai sekarang.
Banyak sangat sampai tak teringat apa bendanya.

Kalau boleh, aku nak pergi jauh ke tempat lain,
Tempat yang cuma aku yang peduli pasal diri aku,
Tempat yang takde orang lain yang aku peduli selain diri sendiri,
Tempat yang takde siapa pun sedar kewujudan aku.

Sebab bila aku buat silap, takde siapa peduli,
Takde siapa rasa sakit hati atau kecik hati,
Aku pun tak rasa sakit hati atau kecik hati.


Esok semua kawan-kawan aku yang dapat tawaran ke asrama akan bergerak ke sekolah masing-masing. Ada yang kat Perak, Melaka, Johor, dan kat mana-mana je lah. Aku tak tau apa yang aku rasa sebab aku tak rapat pun dengan diorang. Tapi aku hargai lah sebab diorang pernah ada dalam memori aku sepanjang tiga tahun kita sama-sama bawah satu bumbung. Tapi rasa macam terkilan. Diorang semua dah buat satu langkah kehadapan, sedangkan aku? I'm stuck here. Takpelah, rezeki masing-masing kan. Dulu, kemain taknak masuk asrama, bila dah betul-betul tak dapat, nak touching2 pulak?

Korang pun dah habiskan sesi air mata masa cuti seminggu Raya Cina ni kan. Rasa annoying pulak tengok semua nak letak gambar , status sedih-sedih. Bukannya jauh pun, kalau sesat masih jugak kat Malaysia. Takde nya tiba-tiba sampai Mongolia. Takde.