#23


Petang semalam, abah saya pulang dari kerja. Dia kemudiannya menyuruh saya dan adik lelaki saya keluarkan barang-barang dapur dari dalam bonet kereta. Lalu beliau menghilangkan diri ke dapur. Kemudian, saya pun nak buatlah kerja yang dia suruh.

Adik saya baru habis satu trip tiba-tiba berlari ke atas untuk melarikan diri daripada melakukan keja yang disuruh. Lalu saya pun,


"Woi! Ha, kau nak pergi mana tu?! Barang tak habis angkat lagi!"


"Aku je yang angkat. Kau tak angkat apahal? Pergilah angkat"


"Eh aku nak buatlah ni. Yang kau nak lari naik atas tu apahal? Turun!"


Kemudian dia terus lari naik atas meninggalksan saya keseorangan. Marah betul saya masa tu. Masa saya letakkan barang-barang itu di dapur, abah saya cakap,

"Ayam dengan ikan tu letak dalam peti sejuk atas,"

Lalu saya pun ambillah ayam dan ikan tersebut dan berkata dalam nada berbisik "Siaplah kau,"

Saya pun naik ke atas. Masa tu tangan kanan pegang dua plastik ayam, tangan kiri pegang satu plastik ikan siakap.

Saya nampak adik saya yang bangang tu tengah main dengan netbook. Saya pun cakap kat dia dalam nada marah,

"Kau tadi naik apahal? Kau naik apahal?"

Lalu dia pun nak melarikan diri tapi saya sempat kejar dia dan pukul dia pakai ikan dan ayam yang saya pegang. Hiyahhh! Banyak-banyak kali. Alah, tak sakit pun (agaknya la). Maka, terburai lah plastik-plastik tersebut. Bertaburanlah ikan-ikan dia atas lantai. Adik saya pun berjaya melarikan diri ke tingkat bawah.

Saya pun carilah plastik lain nak isi ikan tadi. Tapi peti sejuk tu dah tak muat nak masukkan ikan. Ayam je muat sebab dah penuh. Lalu saya pun nak turun bawah baliklah nak simpan kat peti sejuk bawah. Masa kat tangga saya teserempak dengan adik saya tadi (dia nak ke atas masa tu). Saya pun buat gaya macam nak pukul dia, nak acah je sebenarnya.

Tapi tiba-tiba, dia pukul saya pulak!

Cis, kurang asam!

Lalu saya pun menghayunkan plastik berisi ikan tadi sekali lagi dan hiyaaaah! Berteraburlah ikan tadi buat kali kedua di atas tangga. Saya cuak masa tu sebab takut abah saya marah. Gaduh sampai ikan jadi mangsa. Tapi saya buat muka berlagak tak takut. Puih.

Lalu adik saya bersuara dalam nada mengejek,

"Padan muka kau! Benda ni, kau settle sendiri," *sambil tangan tunjuk arah ikan2 yang bertaburan.

UGH.

Tapi Alhamdulillah, ikan-ikan tersebut telah selamat sampai ke dalam freezer.

Apa yang cuba diketengahkan di sini, adakah saya seorang yang pemarah? Hanya kerana perkara kecil, ikan berterbangan. Ish ish.