#49



Hari ni 12 Julai 2013.


Aku ada love-hate relationship dengan bulan Julai ni sebenarnya.


Tapi mungkin tahun ni punya Julai lebih special. Sebab bulan puasa mungkin?


Hari ni aku nak bercakap pasal benda yang random. Dan selama ni aku memang cakap pasal benda yang random pun. Dan kenapa aku perasan macam ada orang peduli ni.


Alright.


Jadi aku tengok orang suka bercerita pasal cerita hijrah diorang. Aku jeles juga tengok orang yang berjaya jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Luar dan dalam.


Boleh ke kalau aku letak diri aku dalam kategori yang pernah melalui fasa penghijrahan bila aku telah bertukar daripada pakai tudung bawal nipis bidang 45 kepada akel bidang 60? Daripada jenis pakai sandal/selipar yang nampak kaki kepada stokin dan kasut sarung? Daripada baju t-shirt yang entah labuh entah tidak kepada baju muslimah? Boleh tak?


Honestly, awal-awal aku mula pakai sebenarnya atas faktor keselesaan. Tak selesa pakai tudung nipis dan pendek. Tak selesa pakai kasut nampak kaki. Rasa macam orang duk tenung je bahagian kaki yang terdedah. Kalau kaki lawa takpe jugak kot. Ni huduh gila. Ambil masa jugak nak biasakan. Yelah, nak pegi kedai runcit je pun pakai kasut bersarung. Berselipar sudah la kan. Hmm. Bila selipar aku rosak atau putus, aku tahan diri daripada beli selipar baru. Nak latih diri pakai kasut. Kalau takat nak buang sampah kat luar tu sarung je la selipar sesapa. Lama-lama aku orait je. Biasa dah.


Anyway, tu hanya perubahan luaran. Dalaman aku sendiri tak berani nak cakap. Even yang luaran tu pun aku berubah bukan kerana Tuhan pada asalnya tapi kerana 'tak selesa'. Inikan pulak dalaman. Cuma aku belajar juga solat penuh lima waktu. Masa awal-awal dulu, aku pun ada melalui fasa suka tinggal solat. Entah kenapa sampai macam tu. Belum ada kesedaran lagi pentingnya tiang agama tu untuk dijaga.


Tapi lama-lama aku fikir. Selama aku hidup, Tuhan dah bagi segala benda yang aku nak. Mungkin tak semua tapi ada la. Jadi kalau Tuhan boleh penuhkan permintaan aku jadi kenapa aku tak boleh ikut perintah Dia? Susah sangat ke nak solat penuh? Susah. Susah kalau dah terbiasa sangat tinggal. Aku paksa diri aku untuk solat jugak. Aku paksa untuk biasakan diri. Walaupun aku tengah penat nak mampus masa tu, aku paksa diri untuk solat. Sebab kalau aku tak mula solat penuh sekarang, bila lagi aku nak biasakan diri solat penuh?



Ramai orang yang aku jumpa, awal-awal aku kenal diorang ni jenis yang free hair. Kapel sana sini. Sosial. Tapi hati manusia tu Tuhan yang pegang. Drastik betul perubahan diorang lepastu. Aku pun terkejut.


Ceritanya camni, minggu lepas aku keluar pergi mall. Tiba-tiba depan aku ada seorang kakak pakai jubah dan bertudung tengah tolak kereta sorong baby. Aku tengok je. Bila dia toleh, aku terkejut. Itu la kakak senior sekolah rendah dulu. Hmm. Dulu dia tak macam tu. Aku ada seorang kawan juga. Jenis pakai tudung selempang ke bahu sampai jadi singkat. Jenis yang couple. Tup-tup dia berubah kepada pakai tudung labuh dan berjubah sentiasa. Labuh dia sangatlah labuh. Aku pun rimas nak pakai macam tu. Dan kata-kata yang keluar dari mulut dia pun elok-elok belaka. Baguslah.



Aku jealous betul dengan orang yang camni. Malu pun ada jugak. Aku nak join diorang jugak.



Tapi.........


Malas betul nak bangun dari katil....




Akhir kalam,


Aku perhati je ni siapa yang ingat siapa yang tak ingat.